Pertubuhan Muafakat Amal & Gagasan Intelek Cakna (MAGIC)

Kids Support Plus

Program sokongan komprehensif yang memfokuskan kepada usaha memaksimumkan potensi diri serta membantu fasa perkembangan kanak-kanak.

Projek PARENT-CRAFT

Program sokongan dan bimbingan buat ibu bapa untuk mendalami potensi serta mengurus perkembangan anak-anak berkeperluan khas dengan pendekatan yang berkesan.

The MAGIC wave

Program kemasyarakatan yang menghimpunkan pelbagai aktiviti interaktif dan menyampaikan mesej kesedaran bermakna yang dirangka khusus bagi membina komuniti yang lebih cakna.

Satu Visi, Sejuta Harapan

Tentang Kami

MAGIC menggerakkan perubahan, membina masa depan. Kami berdiri teguh sebagai pemacu masyarakat yang berilmu, prihatin, dan sejahtera.

Melalui integrasi Kebajikan, Pendidikan dan Pembangunan Komuniti, kami memperkasakan potensi setiap individu demi komuniti yang lebih lestari.

Bidang Utama MAGIC

Demi melahirkan impak sosial yang nyata dan berterusan, MAGIC memfokuskan seluruh gerak kerjanya menerusi  5 bidang keberhasilan utama, bagi memastikan setiap inisiatif dan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi makna kepada masyarakat.

  • Pendidikan Kanak-Kanak & Awal Usia

    Fokus kepada program sokongan yang merangsang perkembangan minda dan fizikal melalui aktiviti sensori serta pengukuhan kemahiran motor halus dan kasar

  • Pembangunan Keluarga & Keibubapaan

    Memperkasakan ibubapa anak berkeperluan khas dengan bimbingan dan strategi khusus bagi membina pengurusan keluarga yang tenang, stabil, dan harmoni

  • Kebajikan & Sosial Komuniti

    Menyediakan program sosial untuk menjaga kebajikan dan kesedaran serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat

  • Kesihatan & Kesejahteraan

    Menitikberatkan penjagaan kesihatan fizikal dan mental serta amalan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan menyeluruh

  • Kesukarelawanan & Pembangunan Insan

    Memupuk semangat khidmat masyarakat (sukarelawan) dan membina modal insan yang berbermoral, berkemahiran, serta berintegriti

Mari bina masa depan yang lebih baik

MAGIC menggerakkan program melalui Community-Based Approach, Collaborative Network, Sustainable Impact, dan Inclusive Participation

Keajaiban Sebenar Bermula Dari Hati Yang Peduli

Menyatukan Muafakat dan Amal

Perubahan besar lahir apabila muafakat, ilmu, dan rasa cakna bersatu demi membantu masyarakat secara ikhlas.

MAGIC percaya bahawa perubahan besar dalam masyarakat tidak bermula dengan sesuatu yang luar biasa tetapi bermula dengan hati yang peduli, ilmu yang dikongsi, dan tangan yang saling membantu. Apabila muafakat disatukan dengan amal, dan dipandu oleh intelek serta rasa cakna di situlah lahirnya keajaiban sebenar dalam masyarakat.