Demi membina masa depan yang lebih baik, kami hadir menyediakan tiga sokongan teras buat masyarakat iaitu Kids Support Plus yang menyantuni keperluan dan tumbesaran kanak-kanak. Projek PARENT-CRAFT yang berjalan seiring untuk mendampingi serta menguatkan peranan ibu bapa dan The MAGIC wave yang menyebarkan gelombang kasih sayang serta muafakat ke seluruh komuniti. Bersama-sama, kita bentuk sebuah ekosistem kehidupan yang saling menyokong dan penuh harapan.

Program sokongan komprehensif yang memfokuskan kepada usaha memaksimumkan potensi diri serta membantu fasa perkembangan kanak-kanak.

Program sokongan dan bimbingan buat ibu bapa untuk mendalami potensi serta mengurus perkembangan anak-anak berkeperluan khas dengan pendekatan yang berkesan.

Program kemasyarakatan yang menghimpunkan pelbagai aktiviti interaktif dan menyampaikan mesej kesedaran bermakna yang dirangka khusus bagi membina komuniti yang lebih cakna.
MAGIC menggerakkan program melalui Community-Based Approach, Collaborative Network, Sustainable Impact, dan Inclusive Participation
Menyediakan program sokongan kursus mengoptimumkan potensi minda melalui stimulasi fizikal. Program berasaskan pergerakan aktif, khas untuk anak keperluan sensori & ADHD.
Sebuah program kesedaran mengenai anak-anak berkeperluan khas & kesihatan mental keluarga.
Membawa perkongsian dari panel pelbagai disiplin terutama pakar pediatrik, pakar perkembangan, pakar psikologi dan terapis berpengalaman berserta kupasan realiti berdasarkan pengalaman sebenar ibu bapa. Satu platform lengkap untuk mendapatkan solusi, bimbingan, dan sokongan yang tepat.
Pelbagai program komuniti diadakan demi menyebar kesedaran, menghulur sokongan dan menyumbang kepakaran untuk kesejahteraan bersama. Melalui program-program kesihatan, kebajikan dan pendidikan kepada masyarakat setempat.
MAGIC Volunteer Force (MVF) diperkenalkan bagi menyediakan platform masyarakat menyumbang tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan bersama.
Pertubuhan MAGIC adalah sebuah NGO yang berfungsi sebagai platform yang menggabungkan usaha individu, keluarga, komuniti dan organisasi untuk mencipta impak sosial yang berpanjangan.