Pertubuhan Muafakat Amal & Gagasan Intelek Cakna (MAGIC) merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) sah yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-008-10-09022026 yang diasaskan dan dipengerusikan oleh Encik Muhammad Izmel bin Zukliflee. Pertubuhan MAGIC ditubuhkan dengan hasrat untuk membina masyarakat yang lebih berilmu, prihatin dan sejahtera melalui pendekatan kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti secara kolektif.
Melahirkan masyarakat berilmu, cakna dan sejahtera melalui budaya muafakat dan amal yang berterusan.
Sebagai identiti utama, MAGIC berteraskan lima nilai yang membentuk pendekatan dan gerak kerja:
Muafakat
Amal
Gagasan
Intelek
Cakna
MAGIC memberi tumpuan kepada 5 bidang utama:
MAGIC membawa falsafah bahawa “keajaiban dalam masyarakat” bukan sesuatu yang mustahil, tetapi boleh direalisasikan apabila:
MAGIC yakin bahawa kemakmuran komuniti bermula daripada minda yang berilmu dan tindakan yang peduli. Melalui pakatan muafakat, kami menggerakkan program pendidikan, pengukuhan keluarga, dan kebajikan.
Pertubuhan MAGIC adalah sebuah NGO yang berfungsi sebagai platform yang menggabungkan usaha individu, keluarga, komuniti dan organisasi untuk mencipta impak sosial yang berpanjangan.