Pertubuhan Muafakat Amal & Gagasan Intelek Cakna (MAGIC)

Mengenai MAGIC

Ketahui mengenai MAGIC

Pengenalan

Pertubuhan Muafakat Amal & Gagasan Intelek Cakna (MAGIC) merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) sah yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-008-10-09022026 yang diasaskan dan dipengerusikan oleh Encik Muhammad Izmel bin Zukliflee. Pertubuhan MAGIC ditubuhkan dengan hasrat untuk membina masyarakat yang lebih berilmu, prihatin dan sejahtera melalui pendekatan kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti secara kolektif. 

Impian Tercipta
1
Keluarga Bahagia
1
Komuniti Sejahtera
1

Ketahui lanjut:

Visi

Melahirkan masyarakat berilmu, cakna dan sejahtera melalui budaya muafakat dan amal yang berterusan.

Misi
  1. Menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat, khususnya kanak-kanak.
  2. Memperkasa institusi keluarga melalui ilmu keibubapaan dan kesejahteraan holistik.
  3. Membina komuniti yang prihatin melalui aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan.
  4. Menjadi penghubung strategik antara komuniti, agensi dan organisasi dalam menjayakan agenda sosial.
  5. Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat.
Teras MAGIC (5 Nilai Utama)

Sebagai identiti utama, MAGIC berteraskan lima nilai yang membentuk pendekatan dan gerak kerja:

Muafakat

  • Mengutamakan kerjasama, perpaduan dan semangat kebersamaan dalam setiap usaha.

Amal

  • Melaksanakan aktiviti kebajikan dengan keikhlasan demi kesejahteraan masyarakat.

Gagasan

  • Membentuk pemikiran strategik dan solusi jangka panjang untuk pembangunan masyarakat.

Intelek

  • Mengangkat ilmu sebagai asas pembangunan individu dan komuniti.

Cakna

  • Menyemai sifat keprihatinan terhadap isu sosial, pendidikan dan kesejahteraan.
Matlamat
  1. Menyediakan program dan pembangunan pendidikan untuk anak-anak secara berkualiti dan mudah diakses.
  2. Membantu meningkatkan ilmu keibubapaan, perkembangan anak-anak dan kesihatan keluarga.
  3. Menjadi platform sokongan kepada pendidikan awal kanak-kanak.
  4. Mengadakan program dan latihan berkaitan kebajikan, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keluarga.
  5. Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan komuniti bagi program sosial dan kebajikan.
  6. Menyediakan platform sukarelawan bagi membantu aktiviti pendidikan dan kebajikan masyarakat.
  7. Melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang selaras dengan visi dan misi pertubuhan bagi manfaat komuniti.
Bidang Fokus

MAGIC memberi tumpuan kepada 5 bidang utama:

  1. Pendidikan Kanak-Kanak & Awal Usia
  2. Pembangunan Keluarga & Keibubapaan
  3. Kebajikan & Sosial Komuniti
  4. Kesihatan & Kesejahteraan
  5. Kesukarelawanan & Pembangunan Insan

Formula Keajaiban M.A.G.I.C

MAGIC membawa falsafah bahawa “keajaiban dalam masyarakat” bukan sesuatu yang mustahil, tetapi boleh direalisasikan apabila:

Aspirasi Pertubuhan:

Anak Ceria, Ibu Bapa Bahagia, Komuniti Sejahtera

MAGIC yakin bahawa kemakmuran komuniti bermula daripada minda yang berilmu dan tindakan yang peduli. Melalui pakatan muafakat, kami menggerakkan program pendidikan, pengukuhan keluarga, dan kebajikan.

Favicon white
Pertubuhan Muafakat Amal & Gagasan Intelek Cakna (MAGIC)
Tentang Kami

Pertubuhan MAGIC adalah sebuah NGO yang berfungsi sebagai platform yang menggabungkan usaha individu, keluarga, komuniti dan organisasi untuk mencipta impak sosial yang berpanjangan.

Newsletter